boleh ketuk-ketuk

Monday, March 3, 2014

MEWAH BAHASA: BU**T = PUNGGUNG

Assalamualaikum..
Hari ni saya rasa nak bercerita.. bertapa kita sangat mewah dalam berbahasa :)
Peristiwa lucu berlaku tadi masa kat tempat kerja. Ada seorang guru baru dari kelantan yang baru berpindah, ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke Sarawak. Meja kami bersebelahan, Saya ada tersebut perkataan 'gerek' yang bermaksud 'kekasih' bagi orang Sarawak. Jadi dia pun  ada bertanyakan pada saya apa maksud 'keting' di sini? (Sarawak). Saya memang orang pantai timur juga jadi saya faham lah yang "keting" itu maksudnya betis. Tapi di Sarawak 'keting' itu bermaksud alat sulit wanita... Kami bersembang separa berbisik :)

Saya tanya dia, kakak tau tak kat sini perkataan yang kita gunakan untuk alat sulit wanita itu maksudnya apa? Rupanya dia masih tak tau. Saya cuba terangkan kali ni berbisik-bisik haha. Dia bulatkan mata dengan mulut terngaga...Dia masih tak percaya bahawa perkataan 'bu**t' itu di Sarawak maksudnya 'punggung'. Saya ceritakan antara peristiwa saya sendiri bila perkataan itu di gunakan..

situasi 1-dalam kelas, saya suruh pelajar itu duduk.. dia cakap pada saya. 
'sik boleh duduk cikgu, bu**t aku sik ada' maksudnya tak boleh duduk cikgu, punggung saya tak ada

situasi 2-dalam kelas,pelajar main-main sambil mengadu.
"cikgu! dia tikam bu**t saya dengan botol" maksudnya cikgu, dia baling botol pada punggung saya (tikam maksud lempar/baling)

situasi 3- dalam kelas, pelajar duduk dekat kerusi saya sambil siapkan kerja dan henpon saya berbunyi tapi saya tak dengar..
"cikgu, henpon cikgu ada call, bergetar bu**t aku" maksud cikgu henpon cikgu ada call bergetar punggung saya (akibat vibrat fon tu)

situasi 4- dekat perhimpunan, pengetua bercakap pasal masalh disiplin.
"siapa-siapa yang membuat kesalahan, dia akan di rotan bu**t di hadapan perhimpunan"

dan banyak lagi sebenarnya, perkataan itu bukan maksudnya mencarut di sini. Dulu saya agak tersipu-sipu jugak bila dengar sekarang sudah biasa haha..

berbalik pada kakak kelantan tadi.. sambil dia gelak sampai keluar air mata lepas saya bercerita. Dia cakap dalam loghat kelantannya.. "pade doh la kak nok bowok anok kak mari duk sini, lamo key kejutey budayo la anok kak kalu gini gak" 
maksudnya dia sangat risau anak dia terkena kejutan budaya sebab dia nak bawak anak dia tinggal bersama kat Sarawak :)

sangat lawak rasanya =))

KALI NI IKAN TERUBUK STIM!

Assalamulaikum...


lagi cerita pasal ikan terubuk. Lagi tak habis ikan terubuk dalam peti tu kan. Semalam dan goreng ala-ala bakar dah cicah air asam..
Hari ni balik kerja tengah hari kejap tak sempat nak masak sebab kena keluar lagi ke stadium untuk uruskan hari sukan. Plan nak masak terubuk terpaksa di tunda. Masa kat stadium kepala duk bayang terubuk je!
Nasib bahan-bahan dah beli tadi tinggal nak campak-campak dalam periuk je lagi.

Hari ni saya masak kukus ala-ala stim. Resepi orang Sarawak.
Ikan tu kasi bersih, saya basuh dengan air asam jawa sebab bau dia agak kuat.
letak ikan dalam periuk, air separuh badan ikan tu, maksudnya badan dia tak terendam semua.
Saya ketuk bawang putih 3-4 ulas, mayang halia halus-halus, buh skali dalam periuk. Rebus dengan api perlahan dan tutup periuk
Dah ala-ala nak mendidih saya campo sedikit air asam jawa. Nak guna asam keping pun boleh. Tambah perasa mengikut selera.
Dah hampir masak tu saya letak bawang merah yang di mayang dan bendi yang di potong..

siappppppp..
sedia untuk di makan:)

Sunday, March 2, 2014

IKAN TERUBUK GORENG TAPI RASA MACAM BAKAQ

Assalamualaikum...
Semalam saya beli ikan terubuk segar. Di Sarawak ni memang banyak ikan terubuk, semalam balik kerja dah lewat singgah nak beli pisang kat pasar tepi jeti. Sekali ternampak ikan terubuk yang masih berkelip-kelip lagi matanya. Terus beli.Dah memang saya sangat suka dengan ikan terubuk. Rasanya sangat lemak, Tambah-tambah kalau yang segar bugar macam ni.

Biasa ikan terubuk sedap kalau bakar cicah air asam kan? bayangkan je pun dah meleleh air liur.  Tengah hari tadi saya pun pikir la nak masak.
Nak bakar umah saya takde tempat nak bakar, nak bakar arang rasa malas. Saya pun siang macam biasa dan sisik tak buang pun.

Saya buh garam macam biasa, haaa lupa ada satu petua  kalau taknak bagi ikan ni brtulang sangat, masa siang tu kita pegang kepala dan ekor kuat-kuat. Lepas tu tarik sekali gus kuat-kuat. Mesti bunyi prapppppppp. Tu maksud tulang dia dah renggang. Senang nak makan nanti.

Saya pun panaskan minyak, sebab rasa nak makan macam ikan bakar saya buh sikitttt je minyaknya. cukup-cukup untuk sebelah tubuh ikan je. api biar slow, jangan lupa balik-balik ikan tu... 

Hasilnya ikan terubuk goreng saya rasa macam ikan terubuk bakar =))
sisiknya garing giler tapi isi masih lembut dan lemak

buat air asam pedas-pedas pastu cicahhh....

Friday, February 28, 2014

lavel 530....CANDY CRUSH

siapa yang masih main game ni?
saya masih main
sekarang lavel 530
tunggu lagi candy crush update track sebab dah habis...


Wednesday, February 26, 2014

KELAMBU KING SAIZ

ASSALAMUALAIKUM..
ok, kali ni kita nak promote kelambu.. 
maklum la sekaang ni musim denggi semakin menjadi-jadi,
untuk elak kena gigit nyamuk jom pasang kelambu ni..
king saiz yer.
ada macam-macam warna
biru
purple
pink
peach
hijau
kita akan sediakn jugak skru dan rooll bulat tu, senang nak pasang..
siap free pos lgi haaa...


berminat blh pm atau hubungi sy...011 129 29451


Tuesday, February 25, 2014

BARANG FREE SAPE NAK?

ASSALAMUALAIKUM...
Berita baik, sempena hari gaji ni saya rasa bermurah hati jer. Saya nak bagi Shaker Shaklee ini secara percuma saja, barang berkualiti dan harganya RM20 termasuk pos bagi Semenanjung/rm30 bagi Sabah dan Sarawak.
Percuma satu shaker Shaklee ini dengan setiap pembelian hanya satu mana-mana produk samada ESP Soy Protein Isolate Powder atau Meal Shakes atau mana-mana produk lain yang bernilai RM100 dan keatas

ada spring tu supaya minuman kita mudah larut

beli satu ESP  atau

beli satu Meal Shakes atau

beli mana-mana barang Shaklee yang bernilai RM100 dabn keatas

*Offer di buka sehingga stok shaker itu berada di pasaran
boleh Pm atau hubungi saya di
011 129 294 51




Sunday, February 23, 2014

BIAR LAH MENDIDIK BUKAN MENTERNAK

assalamualaikum...

Sekiranya anda adalah ibu bapa, apa tindakan jika anak anda balik dari sekolah dan mengadu dia di rotan guru? 
Saya menyokong sekiranya ibu bapa bertindak seperti di dalam lakaran  karikatur itu. Biasalah guru itu niatnya untuk mendidik, bukan untuk membenci atau memusuhi pelajarnya. Jika guru membiarkan saja anak didiknya tidak melaksanakan tugas itu maknanya guru itu tidak kisah langsung akan masa depan pelajar itu.

Saya ingat dulu waktu sekolah, pernah di denda guru pernah juga di rotan guru di betis hingga timbul kesan biru. Tapi saya mendiamkan saja tanpa memberitahu ibu bapa, sebab saya tahu itu memang salah saya. (Kesalahan datang lewat ke tapak perhimpunan) lagi pun kalau saya mengadu sah-sah ibu akan berleter lagi pada saya, baik diam-diam saja. Di cubit guru hingga tinggal kesan juga pernah sebab saya tidak siapkan kerja sekolah (subjek sejarah yang saya kurang gemar) tapi Alhamdulillah saya ingat sampai sekarang cikgu tu, bukan dendam tapi ingat jasanya mendidik saya.Tidak pula saya rasa fobia untuk ke sekolah, seperti anak-anak sekarang jika di denda guru pasti ada rasa fobia sebab tu la ibu bapanya sampai saman cikgu tu. Pelik sungguh... 

Biasa la lain orang lain caranya. Saya membesar di kampung dan lasak. Mak ayah pula bukan jenis manjakan anak-anak, manja pun ada batasnya. Biar pun saya anak bongsu. Teringat satu peristiwa, masa saya darjah 2 atau 3, saya mengamuk malas ke sekolah, kalau tak silap hari tu kena ada pemeriksaan gigi kot. Ibu dukung juga saya hantar ke van sekolah. Sampai dekat tunggu van tu saya duduk atas pasir sambil berguling. Habis la baju sekolah kotor, dalam hati saya lega la tak payah pergi sekolah. Balik rumah apa lagi ibu rotan saya dengan ranting bunga raya yang sempat dia capai, sampai lunyai ranting tu. Teresak-esak saya nangis. Ayah tengok je, ayah tak pernah jentik pun tapi kuasa ayah kalau jeling je kecut perut oooo. Lepas tu saya dah jadi budak rajin ke sekolah. Serik. 


Jasa didikan ibu bapa dan guru Alhamdulillah saya sudah berjaya, harapnya di dunia dan akhirat..amin..