boleh ketuk-ketuk

Sunday, March 2, 2014

IKAN TERUBUK GORENG TAPI RASA MACAM BAKAQ

Assalamualaikum...
Semalam saya beli ikan terubuk segar. Di Sarawak ni memang banyak ikan terubuk, semalam balik kerja dah lewat singgah nak beli pisang kat pasar tepi jeti. Sekali ternampak ikan terubuk yang masih berkelip-kelip lagi matanya. Terus beli.Dah memang saya sangat suka dengan ikan terubuk. Rasanya sangat lemak, Tambah-tambah kalau yang segar bugar macam ni.

Biasa ikan terubuk sedap kalau bakar cicah air asam kan? bayangkan je pun dah meleleh air liur.  Tengah hari tadi saya pun pikir la nak masak.
Nak bakar umah saya takde tempat nak bakar, nak bakar arang rasa malas. Saya pun siang macam biasa dan sisik tak buang pun.

Saya buh garam macam biasa, haaa lupa ada satu petua  kalau taknak bagi ikan ni brtulang sangat, masa siang tu kita pegang kepala dan ekor kuat-kuat. Lepas tu tarik sekali gus kuat-kuat. Mesti bunyi prapppppppp. Tu maksud tulang dia dah renggang. Senang nak makan nanti.

Saya pun panaskan minyak, sebab rasa nak makan macam ikan bakar saya buh sikitttt je minyaknya. cukup-cukup untuk sebelah tubuh ikan je. api biar slow, jangan lupa balik-balik ikan tu... 

Hasilnya ikan terubuk goreng saya rasa macam ikan terubuk bakar =))
sisiknya garing giler tapi isi masih lembut dan lemak

buat air asam pedas-pedas pastu cicahhh....

3 comments: