boleh ketuk-ketuk

Monday, March 3, 2014

KALI NI IKAN TERUBUK STIM!

Assalamulaikum...


lagi cerita pasal ikan terubuk. Lagi tak habis ikan terubuk dalam peti tu kan. Semalam dan goreng ala-ala bakar dah cicah air asam..
Hari ni balik kerja tengah hari kejap tak sempat nak masak sebab kena keluar lagi ke stadium untuk uruskan hari sukan. Plan nak masak terubuk terpaksa di tunda. Masa kat stadium kepala duk bayang terubuk je!
Nasib bahan-bahan dah beli tadi tinggal nak campak-campak dalam periuk je lagi.

Hari ni saya masak kukus ala-ala stim. Resepi orang Sarawak.
Ikan tu kasi bersih, saya basuh dengan air asam jawa sebab bau dia agak kuat.
letak ikan dalam periuk, air separuh badan ikan tu, maksudnya badan dia tak terendam semua.
Saya ketuk bawang putih 3-4 ulas, mayang halia halus-halus, buh skali dalam periuk. Rebus dengan api perlahan dan tutup periuk
Dah ala-ala nak mendidih saya campo sedikit air asam jawa. Nak guna asam keping pun boleh. Tambah perasa mengikut selera.
Dah hampir masak tu saya letak bawang merah yang di mayang dan bendi yang di potong..

siappppppp..
sedia untuk di makan:)

1 comment: