boleh ketuk-ketuk

Monday, March 3, 2014

MEWAH BAHASA: BU**T = PUNGGUNG

Assalamualaikum..
Hari ni saya rasa nak bercerita.. bertapa kita sangat mewah dalam berbahasa :)
Peristiwa lucu berlaku tadi masa kat tempat kerja. Ada seorang guru baru dari kelantan yang baru berpindah, ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke Sarawak. Meja kami bersebelahan, Saya ada tersebut perkataan 'gerek' yang bermaksud 'kekasih' bagi orang Sarawak. Jadi dia pun  ada bertanyakan pada saya apa maksud 'keting' di sini? (Sarawak). Saya memang orang pantai timur juga jadi saya faham lah yang "keting" itu maksudnya betis. Tapi di Sarawak 'keting' itu bermaksud alat sulit wanita... Kami bersembang separa berbisik :)

Saya tanya dia, kakak tau tak kat sini perkataan yang kita gunakan untuk alat sulit wanita itu maksudnya apa? Rupanya dia masih tak tau. Saya cuba terangkan kali ni berbisik-bisik haha. Dia bulatkan mata dengan mulut terngaga...Dia masih tak percaya bahawa perkataan 'bu**t' itu di Sarawak maksudnya 'punggung'. Saya ceritakan antara peristiwa saya sendiri bila perkataan itu di gunakan..

situasi 1-dalam kelas, saya suruh pelajar itu duduk.. dia cakap pada saya. 
'sik boleh duduk cikgu, bu**t aku sik ada' maksudnya tak boleh duduk cikgu, punggung saya tak ada

situasi 2-dalam kelas,pelajar main-main sambil mengadu.
"cikgu! dia tikam bu**t saya dengan botol" maksudnya cikgu, dia baling botol pada punggung saya (tikam maksud lempar/baling)

situasi 3- dalam kelas, pelajar duduk dekat kerusi saya sambil siapkan kerja dan henpon saya berbunyi tapi saya tak dengar..
"cikgu, henpon cikgu ada call, bergetar bu**t aku" maksud cikgu henpon cikgu ada call bergetar punggung saya (akibat vibrat fon tu)

situasi 4- dekat perhimpunan, pengetua bercakap pasal masalh disiplin.
"siapa-siapa yang membuat kesalahan, dia akan di rotan bu**t di hadapan perhimpunan"

dan banyak lagi sebenarnya, perkataan itu bukan maksudnya mencarut di sini. Dulu saya agak tersipu-sipu jugak bila dengar sekarang sudah biasa haha..

berbalik pada kakak kelantan tadi.. sambil dia gelak sampai keluar air mata lepas saya bercerita. Dia cakap dalam loghat kelantannya.. "pade doh la kak nok bowok anok kak mari duk sini, lamo key kejutey budayo la anok kak kalu gini gak" 
maksudnya dia sangat risau anak dia terkena kejutan budaya sebab dia nak bawak anak dia tinggal bersama kat Sarawak :)

sangat lawak rasanya =))

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment